"We Cannot Change Our Past
But We Can Choose Our Future"

Saturday, 16 May 2015

Merancang Harta Pusaka Sekarang!!!

    Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca...
saya berbesar hati ingin maklumkan bahawa saya merupakan perantis mawarith(perunding harta pusaka) yang berkhidmat di bawah syarikat Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd.

Anda Perlu tahu bahawa ramai umat Islam gagal merancang harta mereka sebelum meninggal(pewaris) dan ia memberi kesan negatif kepada pihak yang bakal mewarisi harta(waris) .Pewaris perlu merancang hartanya sebelum meninggal agar tidak berlaku penanggungan kos yang banyak dan mengelakkan hartanya beku begitu sahaja.

Banyak pewaris yang melakukan kesilapan ketika merancang harsta mereka. pemahaman mereka,dengan melakukan wasiat kepada waris, semuanya selesai .Ini salah kerana pertamanya :
1) wasiat tidak boleh kepada ahli waris
2)wasiat yang dilakukan kepada waris hendaklah dipersetujui oleh semua ahli waris,sekiranya dibantah walaup seorang, maka terbatal wasiat tersebut
3)wasiat hendaklah tidak lebih 1/3 daripada harta

Bagi mengelakkan masalah begini berlaku,banyak cara bagaimana hendak melaksanakan hajat si mati untuk memberi hartanya yang tertentu kepada waris tertentu, antaranya dengan melakukan hibah .
Hibah bermaksud pemberian dari seseorang kepada seseorang berdasarkan kasih sayang. pelaksanaan hibah tidak terhad seperti wasiat, antaranya :
1) pemberian boleh diberi kepada sesiapa sahaja
2) harta boleh diberi tanpa terhad
3) tidak perlu dapatkan persetujuan ahli waris lain

Maka hajat si mati tercapailah dengan melaksanakan hibah. oleh demikian, kami sangat mengalukan kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan hibah ini samada ingin mendapatkan ilmu mahupun melaksanakan perancangan harta dengan kami.

Dalam syarikat Wasiyyah Shoppe, sebanyak 200 kes Hibah telah diselesaikan dan kami memiliki bukti perintah Hibah daripada Mahkamah Syariah .

Boleh hubungi saya khairiah bt Hamid (013-4207511 / 014-3585618) pada bila-bila masa...:)
                   

No comments:

Post a Comment